Tatamain Echo Night 2: The Lord of Nightmares

Seperti permainan pertama, Echo Night 2 dimainkan dari perspektif diri-pertama, tetapi tidak seperti permainan diri-pertama yang lain, permainan ini tidak ada penggunaan senjata api atau jarak dekat dalam permainan. Semasa berhadapan dengan hantu pemain mesti menyalakan lampu di dalam bilik dengan menggunakan suis lampu. Pemain sering dibawa ke masa lampau melalui orang bayang atau objek tertentu. Setelah pemain memenuhi tugas yang penting untuk mereka, roh akan lenyap dan kemudian menjatuhkan "Astral Piece" yang boleh digunakan untuk mendapatkan pelbagai penamat yang berbeza.